Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terus melakukan transformasi dalam industri ini demi memastikan rakyat memcapai kualiti perkhidmatan yang baik dan cekap..
Dalam sebulan dua ini, industri pengangkutan mengalami perubahan yang amat ketara..pelancaran MRT 2...transformasi industri teksi..meningkatkan mutu kualiti dan undang-undang berkaitan perkhidmatan E-Hailing dan terkini Penambahbaikkan perkhidmatan MyBAS Seremban..
Dengan kepesatan kemajuan dan pertambahan jumlah penduduk di Seremban maka perlunya satu idea baru bagi menampung keperluan penduduk...salah satunya ialah pengangkutan awam..
SPAD dalam satu kenyataan media mengumumkan telah melaksanakan penambahbaikkan rangkaian laluan bas MyBAS Seremban..
Penambahbaikkan tersebut melibatkan 17 laluan utama dan 5 laluan perantara yang akan menawarkan sistem pengangkutan yang lebih bersepadu meliputi jarak sebanyak 728 km berbanding 27 laluan sedia ada yang sebelum ini hanya meliputi jarak sebanyak 578km..
Menariknya di sini ialah setiap bas utama dan bas perantara akan dihubung dengan 3 terminal utama iaitu Terminal 1 Seremban, Terminal Nilai Sentral dan Terminal Port Dickson dengan tujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan kepada pengguna..
Selain itu, 2 laluan baru MyBas turut di perkenalkan iaitu F300(Bandar Port Dickson), F500 Bandar Seremban yang mana waktu operasi dari 7.00 pagi hingga 8.00 malam dan 7.00 pagi hingga 10.00 malam..
Inisiatif ini salah satu usaha kerajaan melalui SPAD dalam memastikan setiap kawasan dihubungkan dengan perkhidmatan pengangkutan awam darat...tidaklah nanti ada yang kata kerajaan hanya tumpukan perkhidmatan di Kuala Lumpur sahaja..
Kami ingin mengucapkan tahniah kepada pihak SPAD atas usaha ini..diharapkan rakyat perlu memanfaatkan kemudahaan ini dan jagalah kemudahan itu dengan baik..jangan dirosakkan sebagaimana berita buruk kita dengar yang berlaku terhadap MRT..
Berikut kami kongsikan jadual laluan MyBAS Seremban untuk rujuan anda :