Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Kecoh Di Langkawi : 11 Samseng Ugut Pegawai SPAD Ditahan Polis...

$
0
0
Gara-gara berang dengan 'Operasi Parasit' yang dilakukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menyita kenderaan pandu sendiri tanpa permit di Langkawi baru-baru ini, pegawai SPAD telah dimaki hamun oleh lebih daripada 10 individu...bukan itu sahaja, samseng-samseng ini telah bertindak nekad dengan melemparkan kon dikawasan sekatan dan menendang kereta SPAD...

Ini bukan pertama kali berlaku yang mana pegawai SPAD telah diugut dengan berbagai ancaman...sebelum ini pun di ibu kota ada kes pegawai SPAD diugut ketika melakukan operasi kesalahan yang dilakukan pemandu teksi.

Menurut Ketua Penguatkuasa, Datuk Che Hasni Ahmad, walaupun terpaksa bertolak ansur kerana tidak mahu kejadian lebih buruk jika pihak yang dikenakan tindakan tidak mampu mengawal perasaan, petugasnSPAD tetap meneruskan operasi dan tugas seperti biasa...

Beliau berkata lagi, kita menjalankan amanah yang diberikan..ini risiko yang kita hadapi, jadi kita mengharapkan sokongan daripada orang awam...

Setakat ini seramai 11 suspek telah ditahan..jika disabit kesalahan mereka ni boleh didakwa mengikut seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun ataundenda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan...

Sungguh mencabar tugas sebagai anggota SPAD...jika anda rasa sanggup untuk menjadi salah seorang pegawai SPAD, saya ingin mewar-warkan bahawa temuduga untuk pegawai SPAD yang akan dilakukan seperti ketetapan di bawah:

Makluman,
Temuduga terbuka bagi jawatan Penguatkuasa SPAD. Akan diadakan di hotel KSL JB, pada 20 dan 21hb Nov 2014. Sesiapa berminat sila hadirkan diri terus di sana bermula jam 9 pagi.pakaian smart  dan bersesuaian.

Syarat2.

1. Kelulusan SPM. (5 th pengalaman kerja luar)
2.Diploma ( 3th pengalaman keja luar)
3.Ijazah  (2 th pengalaman)
4. Salinan dan sijil2 Asal berserta 2 keping gambar.

Selamat mencuba. 200 org diperlukan bagi pengambilan sesi Jan 2015.
(sebarkan pd saudara mara dan rakan2 yg masih mencari pekerjaan)

BERITA TENTANG OPERASI PARASIT DAN KES 11 SAMSENG DITAHAN POLIS KERANA MENGANGGU TUGAS PEGAWAI SPAD...






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665