Pada 15 Mac lalu, Tan Sri Annuar Musa, YB Ketereh telah membawa usul Unified Examination Certificate (UEC) di parlimen untuk diiktiraf dinegara ini..apa yang mengejutkan ialah Tan Sri Anuar telah diserang dengan pelbagai tohmahan yang jelik..banyak NGO mahu jadi wira menyerangnya dengan melabel Tan Sri Anuar tiada hak bercakap soal UEC..kami sengaja tidak mahu menamakan NGO mana..bagi kami komen yang dilemparkan hanya bersifat emosi tanpa melihat kandungan yang ingin disampaikan..
Banyak fakta telah dikaburkan dengan serangan emosi yang terlalu ghairah..kami faham orang yang menyerang UEC ialah pihak yang anti dengan Dong Zong..ada yang mengatakan bahawa Tan Sri terlalu gopoh, UEC bukan halnya..mengapa tidak MCA yang bawa...ok..kami tidak mahu ulas hal ini..jika kami ulas pada entry ini, pembaca tidak akan tahu apa sebenarnya UEC...
UEC merupakan satu Sijil yang dikeluarkan oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) di Malaysia..Mereka beranggap UEC setaraf dengan STPM..di negara kita terdapat 65 buah sekolah Menengah Persendirian Cina dan ini dibenarkan beroperasi mengikut Akta Pelajaran. Kementerian Pendidikan melarang SMPC menambah sekolah baru..semua penuntut lepasan UEC melanjutkan pelajaran ke Taiwan ketika ni..
Apa yang berlaku sekarang ini, pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi tidak mengiktiraf sijil UEC..Walau bagaimanapun IPTS diberi kebebasan sama ada mengiktiraf sijil UEC atau tidak..Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberi sedikit kelonggaran kepada pelajar lepasan UEC untuk masuk ke Institut Pendidikan Guru tetapi ianya bersyarat iaitu perlulah mendapat 3 Kredit SPM termasuk BM dan hanya berkelayakan menjadi Guru Mandarin..Dong Zong memang kita tahu akan memperjuangkan pendidikan bangsa Cina kerana mereka yang mengeluarkan sijil UEC...
Kita ambil perkara UEC ini secara terbuka...jika anda anti Tan Sri Anuar Musa..abaikan sekejap..jika anda benci Dong Zong tahan kebencian itu dulu untuk kita memahami apa objektif yang ingin diperjuangkan dalam UEC..bayangkan kita mahu menaikkan taraf pendidikan negara tetapi kita tidak mengiktiraf rakyat kita lepasan UEC..Taiwan pula yang menerima pelajar kita..apakah ini menunjukkan sistem pendidikan kita telah berkembang?jawapannya tidak...
Jika kita asyik melihat sentimen perkauman kita tidak akan memajukan diri dalam pendidikan..dalam usul tersebut, Tan Sri Anuar Musa ada menyatakan beliau telah bertemu dengan pemimpin Dong Zong dan mereka setuju untuk berunding..bagi kami jika UEC mahu diterima mereka perlulah mematuhi syarat subjek wajib lulus BM dan Sejarah sebagaimana pelajar SPM yang lain..
Sekiranya Dong Zong setuju mereka perlu buktikan yang masyarakat Cina menyokong BN..jangan jadi macam peristiwa PRU 13..berjanji orang Cina memilih BN tetapi habuk..untuk hal UEC ini kami sarankan jika hendak diterima biarlah selepas PRU 14..itu pun jika janji Dong Zong telah tertunai yang mana masyarakat Cina berpihak kepada BN...
Kami bukan Pro Dong Zong tetapi demi pendidikan kami berlapang dada,..