Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

PM @NajibRazak Puji Tindakan @SPADChannel & KTMB Berjaya Selesai Aduan Pengguna!!! #DemiRakyat #Negaraku

$
0
0

Awal bulan lalu YAB Perdana Menteri, DS Najib telah memuat naik satu status di media sosial berikutan terdapat banyak aduan yang melibatkan pengguna kerana tidak berpuas hati dengan servis perkhidmatan KTMB...

Dalam teguran berkenaan PM telah meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membantu KTMB bagi menyelesaikan masalah ini..boleh rujuk artikel kami yang lalu di SINI...

Tak sampai dua minggu kaedah penyelesaian telah dikenalpasti dan ia telah dimuatnaik dalam blog NajibRazak..

Dalam entry berkenaan Najib telah berkongsi 4 langkah yang dicadangkan SPAD bagi mengatasi masalah tersebut...

1) Meningkatkan kapasiti kemudahan  akses internet khas untuk e-tiket bagi mengurangkan 'downtime'. Ini akan membolehkan perkhidmatan e-tiket yang disediakan lebih cekap bagi kegunaan pelanhhan. Ini akan dilaksanakan sebelum 9 Mac 2017..

2) Menambahkan bilangan kakitangan khidmat pelanggan terlatih untuk meningkatkan mutu khidmay pelanggan KTMB. Ini akan dilaksanakan serta-merta..

3) Laman sesawang portal e-tiket akan direka semula menjadikan ia laman utama atau landng page, termasuk membangunkan semula portal e-tiket KTMB menjadi lebih mesra pengguna dan berorientasikan jualan..

4) Menambahbaik respon serta mekanisma pemulanhan bayaran bagi transaksi yang gagal kepada pengguna dengan kerjasama pihak bank, termasuk notifikasi kepada pelanggan melalui e-mel dan SMS..Usaha ini akan dilaksanakan sebelum 21 Mac 2017..

Kami mengucapkan syabas kepada SPAD dan KTMB kerana telah menggariskan langkah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah mutu perhidmatan yang tidak memuaskan..dalam era Najib, transformasi pengangkutan awam darat amat berkembang pesat..

Anda sendiri boleh lihat sendiri bagaimana kemajuan pesat ini berlaku dalam era Najib...setiap pembangunan pasti ianya berorientasikan rakyat...jarang dan kami tidak nampak usaha YAB PM kita membina sesuatu pembangunan tetapi tidak dapat digunakan oleh rakyat...

Dengan BR1M, KR1M, UTC, Transformasi Pengangkutan Awam, Bantuan murid sekolah, Klinik 1 Malaysia, BB1M dan banyak lagi...

Tidak ada alasan mengapa PM Najib dilabelkan pemimpin Islam yang berjaya di dunia..biarpun banyak kutukan dan tuduhan palsu tetapi ia sedikit pun tidak menjejaskan usaha PM kita untuk terus memacu negara kita lebih maju...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665