Hari ni kecoh gambar Tun Mahathir melawat pulau buatan Forest City..Tun sengaja mahu memberi persepsi buruk dengan bergambar menggunakan tangan yang diterbalikkan seolah-olah Malaysia menggadai tanah negara kita...
Kami ceritakan berdasarkan pengalaman kami yang telah menjejakkan kaki ke pulau buatan Forest City..kami serius teruja dengan pembangunan mega ini..
Sebagai rakyat Johor, kami beruntung kerana pulau buatan tersebut dialamatkan di negara kita atau lebih tepat lagi di selatan Johor..pembangunan ini sebenarnya menyakitkan mata Singapura..sebelum Singapura buat..kita telah mendahului mereka..ini merupakan satu lagi tekanan ekonomi buat negara seberang itu...
Untuk makluman semua, Forest City akan membina 4 pulau buatan..sekarang ini hanya satu sahaja sudah bermula...
LAWATAN BIADAP TUN M KE PULAU BUATAN FOREST CITY...
Tun bergambar di salah satu papan iklan HAK MILIK KEKAL..ya itu betul..tetapi Tun takkan berani bergambar dengan iklan satu lagi yang tertulis MALAYSIA SECOND HOME..Sebab apa begini jadinya..tujuan Tun hanya mahu memberi gambaran buruk tentang projek mega ini...
Matlamat Tun hanya mahu kacau pelabur dan pembeli supaya pasaran di Forest City terganggu..pelaburan ini bukan kecil tetapi melibatkan jumlah billion ringgit...
Tun dahulu pun mahu buat jambatan bengkok..dengan alasan mahu kawal ekonomi supaya kita berjaya menandingi Singapura..janganlah Tun nafikan..
MALAYSIA SECOND HOME
![]() |
Gambaran Pulau Buatan Forest City |
Sudah kami jelaskan ia merupakan sebuah Pulau Buatan..harga lot rumah di sini bermila RM700K keatas dan ianya lebih murah berbanding di Singapura..
Pastinya rakyat Singapura dan luar negara akan menetap di negara kita..sebab itulah dinamakan projek ini sebagai MALAYSIA MY SECOND HOME..bila tanah itu sudah milik negara kita..bermakna..tukaran wang asing akan kita dapat..malah setiap rumah itu akan dikenakan cukai yang mana akan memberi keuntungan kepada negara kita juga...
KEMUDAHAN YANG DIJANJIKAN UNTUK PENDUDUK FOREST CITY
![]() |
Gambaran lebih dekat pulau buatan |
Penduduk di PULAU BUATAN ini akan selesa berada di pulau ini..ini kerana tak sampai 1 Jam mereka boleh ke dua lapangan terbang iaitu Airport Senai dan Airport Changi..
Perancangan masa depan Forest City mungkin akan membina satu lagi stesen HSR di Forest City bagi memudahkan rangkaian penduduk ke Kuala Lumpur...
TANAH MALAYSIA TERGADAI??
Klausa mana yang dikatakan tanah kita tergadai?sedangkan ia adalah sebuah Pulau Buatan yang dibina daripada persisiran pantai..
Kawasan ini berhampiran dengan Singapura..yang paling pentingnya masyatakat Luar tidak boleh mengundi dan mereka pun tak akan jadi warganegara kita kerana Tun M dan Pakatan Pembangkang mengatakan Malaysia negara tak maju..haha!
KERAJAAN NEGERI JOHOR BIJAK!
Sebenarnya persepsi buruk terhadap Forest City tidak merugikan merugikan kerajaan negeri Johor dan negara kerana para pembeli dan pelabur lebih mengetahui prospek hartanah di sini..kita lihat di Johor Bahru sekarang sudah maju..kerajaan Johor mengutamakan RMMJ bagi memastikan rakyat Johor mudah memiliki rumah..