Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

#Bajet2015 Terus Memperkasakan Keupayaan Pengangkutan Awam @SPADChannel ..Terima Kasih @NajibRazak !

$
0
0

Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak semalam memang membuktikan betapa negara kita ini berusaha untuk meningkatkan taraf hidup dan membantu rakyat dari berbagai kumpulan, golongan, agama dan bangsa...

Sebagai rakyat Malaysia, kita sebenarnya beruntung kerana bajet setiap tahun pasti ada sesuatu yang baik hendak dimaklumkan...tahun ni bajet saya lihat banyak menyentuh tentang GST...kakitangan kerajaan bolehlah merasa sedikit kelegaan apabila dapat bonus 1/2 bulan gaji...golongan pendapatan rendah layak terima BR1M yang dinaikkan kepada RM 900...

Bagi memenuhi keperluan asas makanan rumah, saya tertarik dengan pengumuman memperkenalkan program lelongan sayur setiap minggu dan pasar tani kekal. Ini merupakan salah satu inisiatif yang dapat menjimatkan wang rakyat...memang harga agak murah jika hendak dibandingkan dengan pasar basah biasa,,,

Selain itu, bajet kali ini juga menyentuh tentang penaiktaraf kemudahan pengangkutan awam..Penaiktarafan ini penting memandangkan kos sara hidup semakin meningkat..untuk pergi kerja jika menaiki kenderaan sendiri sudah tentu kena keluar wang untuk minyak dan tol..kebanyakan rakyat Malaysia yang hidup di ibu kota kini sudah ubah mentaliti dengan menggunakan pengangkutan awam secara maksimum..ini kerana kos menggunakan kenderaan awam lebih jimat jika kita menggunakan kenderaan sendiri...

Rakyat yang hidup di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur seharusnya merasa bersyukur kerana kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 70 Juta untuk projek Bas Elektrik, projek pembinaan laluan LRT dari Bandar Utama- Shah Alam- Klang dengan peruntukan RM9 billion , projek MRT Selayang - Putrajaya dengan peruntukan RM 23 billion.

Bajet kali ini juga telah memberi insentif untuk perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan KL ke Seremban, Rawang dan Klang, ianya sudah pasti akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, meningkatkan mobiliti rakyat dan seterusnya meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam darat..ringkasnya kemudahan ini akan menyediakan perkhidmatan bas antara bandar kepada penduduk yang menetap di luar bandar tetapi bekerja di Kuala Lumpur..ini akan meringankan beban rakyat dengan tawaran tambang bulanan dengan kadar diskaun sebanyak 30% ..

Dengan pembentangan bajet kali ini, Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) menyambut baik pengumuman oleh YAB PM dengan inisiatif Kerajaan untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat. SPAD mensasarkan agar peratusan perkongsian mod menjelang tahun 2020 adalah 40%.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665