Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Orang Yang Banyak Kutuk @SPADChannel & Tan Sri Syed Hamid Mengaku Kesilapan dan Cuba Untuk Bertaubat...

$
0
0

Setelah banyak kali mengasak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar akhirnya boss Big Blue Taxi membuat kenyataan memohon maaf atas keterlanjuran dan sikap melampaunya selama ini yang banyak memburukkan imej SPAD..

Benar kata orang, Allah SWT akan bersama dengan orang yang bersabar, biarpun berbagai tuduhan melampau akhirnya sipenuduh mula sedar yang kenyataan sebelum ini adalah satu kesilapan..semuanya takdir Allah...Allah telah melembutkan hati Shamsulbahrin ketika berada dalam satu majlis pelancaran aplikasi Big Blue 2Go e-ticketing di KLCC kelmarin...

Shamsulbahrin mengakui yang dia terlalu ghairah membela pemandu teksi sehingga melakukan tindakan tidak sepatutnya..dalam kenyataan tersebut Syamsul menyuarakan benar-benar insaf..inilah yang terjadi bila kita bertindak membelakangkan pemikiran yang waras..semua tindakan akan mengikut hawa nafsu..

Benda yang kami teruja apabila Syamsulbahrin yang dulu bukan main kutuk Tan Sri Syed sampai nak heret SPAD ke mahkamah tiba-tiba mengaku yang Tan Sri Syed Hamid orang yang berkalibel dan mahu Tan Sri dikekalkan mengepalai SPAD...macam tak percaya pun ada..

Kami mengharapkan ini adalah kenyataan yang jujur dari Syamsul dan tidak bersifat mahu mengampu..Syamsul dalam kenyataannya  telah menarik balik kenyataan mahu menyaman SPAD.namun dia tetap dengan pendirian untuk mengekalkan tindakan undang-undang terhadap UBER, Grabcar dan pemandu teksi haram..

Menjawab reaksi balas Syamsulbahrin, Tan Sri Syed mengatakan ini perkara biasa untuk SPAD dihentam..bak kata Tan Sri, SPAD ni lebih kurang sebagai puncing beg kepada pemain industri pengangkutan awam..,

Yang pasti kesabaran seseorang pasti akan dibalas Allah SWT...kami mengharapkan Syamsulbahrin benar-benar insaf dan telah bertaubat...




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665