Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Penubuhan Makmal Bas, Langkah Kerajaan Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Bas..

$
0
0

Kerajaan memandang serius tentang tragedi yang meragut nyawa melibatkan bas..ia langkah yang perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan ramai nyawa dan maruah negara...

Kita boleh berbangga dengan kemajuan infrastrutur pengangkutan awam dengan pelancaran MRT baru-baru ini..bas antara bandar dan bas luar bandar...perkhidmatan tren yang sekarang ini juga menampakkan kemajuan drastik..tidak lama lagi kita bakal menikmati tren kelajuan tinggi KL ke Singapura hasil daripada perjanjian MoU dua negara..ia meningkatkan KPI yang dikehendaki YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang mahu mentransformasikan industri ini..

Ia memang bagus tetapi kes-kes kemalangan melibatkan industri ini kerap berlaku..ini membimbangkan kita...tidak guna jika kita mencapai kemajuan drastik dalam industri pengangkutan awam tetapi kadar kemalangan turut meningkat...

Disebabkan hal ini, kerajaan telah mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menubuhkan Makmal Bas bulan depan bagi memberi tumpuan kepada :

1) Peningkatan Mutu Perkhidmatan
2) Keselamatan dan Kemampanan Industri Bas
3) Model Perniagaan
4) Cara Menangani Kekurangan Pemandu
5) Usul-Usul Memperbaiki Kebajikan Pemandu
6) Pendekatan Teknologi, Polisi dan Syarat-Syarat Perlesenan Serta Peningkatan Mutu Terminal dan Infrastruktur.


Perkara ini telah dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri dalam satu kenyataan media baru-baru ini berhubung tragedi kemalangan bas di Pagoh 24 Disember lalu..

Setakat ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) telah memulakan penyiasatan bagi mengenalpasti punca nahas..

Berbalik kepada Makmal Bas, ia akan melibatkan serta mendapatkan pandangan pihak berkempentingan di dalam industri termasuk orang awam daripada seluruh Semenanjung Malaysia...

Jelas Nancy, pengendali bas perlu mengambil berat hal berkaitan keselamatan pemanduan dan penumpang..ini termasuklah ketika musim-musim perayaan...bagi mencapai hasrat ini, SPAD telah diarahkan untuk menggandakan audit berasaskan risiko ( risk based auditing) ke atas pengendali bas ekspress bagi memastikan mereka mengamalkan Kod Amalan Industri SPAD-Keselamatan (ICOP) untuk keselamatan penumpang.

Biarpun kemalangan tidak boleh diduga tetapi langkah mencegah amat penting bagi mengurangkan setiap risiko untuk berlaku kemalangan..kami ada membaca satu artikel bahawa lebuh raya di negara kira hanya sesuai untuk kenderaan yang memandu selaju 120km/j sahaja..jika lebih bermakna cengkaman tayar dan tar tidak padu..sebab itu kerajaan menetapkan had laju 110km/j sahaja...ini menunjukkan betapa pentingnya kita mematuhi had laju demi menjaga keselamatan ketika pemanduan...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665