Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

DS @LiowTiongLai Sambut Baik Laporan Terkini @MH370 & Berjanji Usaha Pencarian Tetap Diteruskan...

$
0
0

Misi pencarian pesawat malang MH370 tidak pernah tamat..biarpun hampir menjangkau 3 tahun tragedi hitam kehilangan pesawat MH370 ia tetap menjadi satu harapan kerajaan untuk menemui bangkai pesawat malang..

Baru-baru ini media memetik laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang melaporkan kemungkinan pesawat MH370 tidak berada di kawasan pencarian yang telah dibuat sebelum ini..ada betulnya juga kenyataan tersebut..apa tidaknya, misi pencarian telah menjangkau seluas 120,000 persegi setakat ini tetapi masih tiada tanda-tanda meyakinkan bangkai pesawat dijumpai..

Pakar dari ATSB meramalkan sekiranya pencarian diteruskan di lokasi yang sama ianya tidak akan memberi apa-apa menemui apa-apa...

Agensi itu meramalkan lokasi jangkaan bangkai pesawat terletak kira-kira 25,000 km persegi di utara kawasan pencarian sekarang iaitu Selatan Lautan Hindu..Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyambut baik laporan terkini mengenai lokasi ramalan MH370..

Liow menegaskan pendirian Malaysia tidak pernah berganjak untuk meneruskan misi pencarian sehingga bangkai pesawat ditemui...Kerajaan memahami perasaan ahli keluarga yang sentiasa mengharapkan bangkai pesawat ditemui..

Ramalan yang dibuat ATSB pasti mempunyai asas yang kuat..sekarang ini pun kita menggunakan ramalan dengan mengambil apa sahaja kebarangkalian..harapan akan tetap diteruskan..kerajaan kita amat prihatin..sanggup mengeluarkan kos untuk menjayaka misi pencarian biarpun menelan belanja setakat ini lingkungan RM 600 juta..

Kami yakin selagi kerajaan Barisan Nasional memerintah..misi pencarian tetap diteruskan biarpun menelan belanja yang besar..itu janji Menteri Pengangkuta kita, DS Liow Tiong Lai..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665